:: Khairul Hafiz Photoblog ::

Just another WordPress.com site

Archive for the ‘Wedding’ Category

OUTDOOR NURI & THAQIB

leave a comment »

Bismillahirramanirrahim…esok umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Aidiladha atau Raya Haji disambut pada 10, 11, 13 & 14 Zulhijjah setiap tahun. Ianya bermula dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah seterusnya khutbah & solat sunat Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah. Sambutan Aidiladha ini diteruskan dengan ibadah korban yang boleh dilakukan dalam keempat-empat hari tersebut. Aidiladha ini juga merupakan salah satu perayaan yang penting kerana merupakan hari untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail demi tuntutan Allah S.W.T.

Kali ni aku nak kongsi sedikit lagi gambar yang sempat aku shoot semasa jadi assistant kepada sahabat aku untuk Majlis Nury & Thaqib ni…

Buat pengetahuan semua, raya haji tahun ni aku beraye kat Serdang. Ade sape-sape yang nak jadi family aku buat sementara tak pada pagi raya tu. Takkan nak sarapan kat maulana kot..hehhee…oklah, kepada kedua pengantin, Selamat Pengantin Baru. Moga berbahgia ke akhir hayat.

 

notakaki : ALHAMDULILLAH…aku dah dapat tempahan untuk bulan Februari & Mac 2011…

notakaki lagi : insyaALLAH tak lama lagi aku dapat apa yang aku impikan…bukan kawen yer kengkawan..nanti aku umumkan..kekekke 😛

 

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

Advertisements

Written by :: cot ::

November 16, 2010 at 12:50 am

Posted in Wedding

AKAD NIKAH NURY & THAQIB

with 4 comments

Bismillahirramanirrahim…Syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Moga kita semua menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya. Kali ni aku nak share gambar sekitar Majlis Perkahwinan Nury & Thaqib yang berlangsung di Serdang baru-baru ini. Aku share gambar akad nikah dulu ye…

Untuk majlis ni aku jadi assistant kepada sahabat aku iaitu Acaii Jawe. Kalau nak tengok full entry@gambar lain boleh pegi kat  blog dia. Nanti aku update gambar persandingan & outdoor pulak ye… 😉

 

notakaki : dapat sms dari Alex Ferguson…”saya perlukan awak sebagai striker untuk ganti tempat rooney….” ape aku nak reply ni weh..

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

Written by :: cot ::

October 22, 2010 at 4:37 am

Posted in Wedding

MAJLIS PERKAHWINAN DR MASTURA & DR AKASYAH

with 4 comments

Bismillahirramanirrahim… Alhamdulillah, dah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Berpuasa ni bukan setakat menahan lapar & dahaga sahaja tetapi turut melibatkan perkara lain. Kalau setakat puasa tahan lapar & dahaga adik kecil kita pun boleh puasa. Tetapi perlu diingat, selain menahan diri dari makan & minum, kita juga perlu menahan pancaindera kita dari segala perkara yang boleh menyebabkan  pahala puasa kita “kurus”. Perkara² macam inilah yang dipandang ringan oleh sesetengah orang.

Kali ni aku nak share gambar di sekitar Majlis Perkahwinan Dr Mastura & Dr Akasyah. Sahabat aku, Acaii Jawe merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ni. Korang boleh klik link pada nama beliau kalau nak tengok gambar dengan lebih banyak. Aku hanya jadi assistant pada hari tersebut. Layan gambar dulu…

Sebenarnya aku sedih betul tengok kehadiran jemaah untuk berterawih pada musim ni. Belum sampai pertengahan ramadhan tapi surau-surau@masjid-masjid mulai kosong. Tinggal beberapa saf sahaja. Tu pun golongan otai @ orang lame. Mane perginya anak-anak muda??? Aku bukanlah baik sangat untuk nasihat orang tapi dengan cara menulis begini secara tidak langsung dapat mengingatkan diri aku sendiri tentang perkara-perkara demikian.

Sebelum terlupa, majlis ini diadakan di Wisma Sejarah, KL. Betul-betul dihadapan Institut Jantung Negara manakala untuk sesi outdoor pulak kitorang shoot dekat UPM. Bayangkan berapa jauh dari Wisma Sejarah tu nak sampai UPM. Nasib baik majlis habis awal. Kira sempat lah nak gerak ke UPM 😉  Kepada Dr Mastura & Dr Akasyah, selamat pengantin baru & semoga berbahagia ke akhir hayat. Thanks atas layanan korang ye 🙂 Wassalam

 

notakaki : EPL dah stat..tapi terawih jangan lupa ye kengkawan 🙂

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

 

Written by :: cot ::

August 19, 2010 at 4:48 am

Posted in Wedding