:: Khairul Hafiz Photoblog ::

Just another WordPress.com site

Archive for the ‘Tips’ Category

BELAJAR DSLR

leave a comment »

Bismillahirramanirrahim…moga kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendak-NYA. Hari ni dah masuk bulan september dan beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan aidilfitri. Sedar tak sedar kita juga sudah menghampiri fasa terakhir 2010. Sekejap sahaja masa berlalu kan. Begitulah putaran kehidupan kita di dunia ni

Ramai dikalangan kawan-kawan yang bertanya macam mana nak terer guna DSLR. Bagi aku ada 2 cara sama ada nak cepat atau lambat. Cara cepat adalah dengan menghadiri kelas-kelas @ workshop yang dikendalikan oleh pengajar-pengajar terlatih & profesional. Tetapi cara ini memerlukan kos iaitu wang ringgit lah bergantung kepada kelas yang dihadiri. Manakala cara lambat adalah dengan belajar sendiri atau dengan kawan-kawan. Cara ini kalau betul caranya boleh jadi cepat jugak..bergantung pada penerimaan korang lah…hehehe.

Perkara yang mula-mula sekali perlu dilakukan apabila korang beli atau dapat DSLR ialah dengan membaca “manual book” kamera berkenaan. Kalau tak baca macam mana nak reti. ye tak. Manual book ni ni bagi aku sangat penting sebab dari situ kita akan tahu tentang kamera tu samada basic kamera atau teknikal kamera. Apa fungsi button dekat kamera dan bagaimana nak selaraskan atau ubah setting kamera. Semuanya ada dalam manual book. Dalam buku tu hanya diajar basic tentang kamera. Sebab tu aku kata penting untuk baca manual book.

Teaser Sambutan Kemerdekaan ke 53, Stadium Putra, Bukit Jalil

Selain itu, korang perlu tahu apa itu aperture, shutter speed dan ISO. 3 benda ni paling penting sebab ia saling melengkapi. Aperture secara ringkasnya bermaksud berapa luas iris kamera dibuka. Lebih luas ianya dibuka, bermakna lebih banyak cahaya masuk. Aperture besar diwakili oleh nombor kecil seperti f2.8 manakala aperture kecil pulak diwakili oleh nombor besar seperti f22.

Shutter speed pula bermaksud berapa lama kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya bagi merakamkan sesuatu imej. Sebagai contoh kalau nak shoot orang sedang berlari (nak bagi nampak gambar pegun), kita perlu guna shutter speed yang tinggi seperti 1/2000 atau 1/4000. Kalau nak cepat faham konsep shutter speed ni korang cuba shoot kereta yang sedang bergeral atau kawan korang yang sedang berjalan. ISO membantu aperture dan shutter speed untuk mendapatkan gambar menarik. Ia bermaksud berapa sensitif@sensitiviti kamera terhadap cahaya. Penggunaan ISO yang rendah (100, 200, 400) adalah untuk mengurangkan “grain” (bintik-bintik pada gambar).

Harap serba sedikit dapat membantu korang yang masih baru dalam mempelajari DSLR ni. Aku pun baru jugak tapi aku share mana yang aku tahulah. Sama-sama belajar k. Kalu tak paham tu, boleh tanya kat ruangan komen dan kalau ada info yang salah tu mintak tolong betulkan ye. Tq

nota kaki : dah nak raye weii.. 🙂

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

Advertisements

Written by :: cot ::

September 1, 2010 at 12:51 pm

Posted in Tips