:: Khairul Hafiz Photoblog ::

Just another WordPress.com site

KERJA

with 2 comments

Bismillahirramanirrahim…Alhamdulillah…bulan syawal dah sampai ke penghujungnya, moga kita semua mendapat atau mengisi bulan tersebut dengan sewajarnya. Bercakap mengenai kerja ni, masing² semestinya mengimpikan kerja yang indah-indah kan. Begaji besar, tempat kerja air cond, ada seketeri dan lain-lain lagi. Tetapi untuk dapat semua tu bukanlah perkara yang mudah. Banyak benda yang perlu dilalui.

Aku cakap pasal kerja ni sempena Majlis Konvokesyen UPM yang bakal bermula hujung minggu nanti. Ramai yang bakal bergraduat, maka ramailah juga yang mencari kerja. Ada yang merungut sebab susah nak dapat kerja. Ada juga yang merungut apabila rakan-rakan lain dapat kerja melalui “kabel”. Bagi aku, rezeki seseorang itu telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa. Hanya kita yang perlu berusaha untuk memilikinya atau mengubahnya. Banyak atau sedikit rezeki yang dikurniakan, janganlah lupa memanjatkan rasa syukur kepada-NYA. Jangan mengeluh dengan apa yang kita dapat. Sekurang-kurangnya itu adalah rezeki halal dan hasil titik peluh kita sendiri.

Disebalik tabir sesi outdoor Anyra & Dr. Ramzdhan

Kepada sahabat² yang belum dapat kerja, aku doakan korang dapat kerja ye. Tak salah kalau nak memilih kerja tapi berpada-pada lah. Korang yang tentukan nasib korang sendiri. Kalau tak nak terima kerja bergaji rendah, terpulanglah. Korang rela duduk “menanam anggur” dirumah atau bekerja buat sementara waktu dengan gaji yang rendah. Dalam tempoh kerja tu, pandai² lah cari keje lain..hehehe 😉 Nanti aku update full entry tentang majlis ni ye…tunggu 🙂

 

notakaki : sejak berhenti main bola & futsal ni, badan aku mula menunjukkan tanda² untuk naik..aiyyaa…kena jogging lebih ni 😛

 

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

Advertisements

Written by :: cot ::

October 7, 2010 at 12:09 pm

Posted in Personal

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. hahahahahhaa, anak sapalah tu siap panjat2 kat tempat duduk lrt tu,hehe

    Acaii

    October 7, 2010 at 1:23 pm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: