:: Khairul Hafiz Photoblog ::

Just another WordPress.com site

Archive for October 2010

AKAD NIKAH NURY & THAQIB

with 4 comments

Bismillahirramanirrahim…Syukur kehadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Moga kita semua menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya. Kali ni aku nak share gambar sekitar Majlis Perkahwinan Nury & Thaqib yang berlangsung di Serdang baru-baru ini. Aku share gambar akad nikah dulu ye…

Untuk majlis ni aku jadi assistant kepada sahabat aku iaitu Acaii Jawe. Kalau nak tengok full entry@gambar lain boleh pegi kat  blog dia. Nanti aku update gambar persandingan & outdoor pulak ye… 😉

 

notakaki : dapat sms dari Alex Ferguson…”saya perlukan awak sebagai striker untuk ganti tempat rooney….” ape aku nak reply ni weh..

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

Advertisements

Written by :: cot ::

October 22, 2010 at 4:37 am

Posted in Wedding

KERJA

with 2 comments

Bismillahirramanirrahim…Alhamdulillah…bulan syawal dah sampai ke penghujungnya, moga kita semua mendapat atau mengisi bulan tersebut dengan sewajarnya. Bercakap mengenai kerja ni, masing² semestinya mengimpikan kerja yang indah-indah kan. Begaji besar, tempat kerja air cond, ada seketeri dan lain-lain lagi. Tetapi untuk dapat semua tu bukanlah perkara yang mudah. Banyak benda yang perlu dilalui.

Aku cakap pasal kerja ni sempena Majlis Konvokesyen UPM yang bakal bermula hujung minggu nanti. Ramai yang bakal bergraduat, maka ramailah juga yang mencari kerja. Ada yang merungut sebab susah nak dapat kerja. Ada juga yang merungut apabila rakan-rakan lain dapat kerja melalui “kabel”. Bagi aku, rezeki seseorang itu telah ditetapkan oleh Yang Maha Berkuasa. Hanya kita yang perlu berusaha untuk memilikinya atau mengubahnya. Banyak atau sedikit rezeki yang dikurniakan, janganlah lupa memanjatkan rasa syukur kepada-NYA. Jangan mengeluh dengan apa yang kita dapat. Sekurang-kurangnya itu adalah rezeki halal dan hasil titik peluh kita sendiri.

Disebalik tabir sesi outdoor Anyra & Dr. Ramzdhan

Kepada sahabat² yang belum dapat kerja, aku doakan korang dapat kerja ye. Tak salah kalau nak memilih kerja tapi berpada-pada lah. Korang yang tentukan nasib korang sendiri. Kalau tak nak terima kerja bergaji rendah, terpulanglah. Korang rela duduk “menanam anggur” dirumah atau bekerja buat sementara waktu dengan gaji yang rendah. Dalam tempoh kerja tu, pandai² lah cari keje lain..hehehe 😉 Nanti aku update full entry tentang majlis ni ye…tunggu 🙂

 

notakaki : sejak berhenti main bola & futsal ni, badan aku mula menunjukkan tanda² untuk naik..aiyyaa…kena jogging lebih ni 😛

 

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

Written by :: cot ::

October 7, 2010 at 12:09 pm

Posted in Personal