:: Khairul Hafiz Photoblog ::

Just another WordPress.com site

Archive for August 2010

SELAMAT HARI MERDEKA

with 2 comments

Bismillahirramanirrahim…rupanya dah 53 tahun kita merdeka. Tahun ini sekali lagi kita kan menyambut merdeka. Tapi memandang merdeka kali ni jatuh pada bulan ramadhan, maka sambutan pun tak kan diadakan di Dataran Merdeka. Hanya diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Bila sebut merdeka, masing-masing dengan semangat melaungkan perkataan keramat itu. Tapi adakah kita sebenarnya faham apa itu merdeka & adakah kita benar-benar merdeka. SEBAB sebelum Inggeris meninggalkan Tanah Melayu, mereka ada mengatakan bahawa Tanah Melayu tetap takkan merdeka. Kesannya, lihatnya negara kita pada hari ini. Bukan pada sudut ekonomi, politik, agama…tapi pada BUDAYAnya…sekian 🙂

 

notakaki : terawih tinggal bebrapa malam je lagi..manfaatkan sepenuhnya k 🙂

 

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

Advertisements

Written by :: cot ::

August 30, 2010 at 1:06 pm

Posted in Event

MALAM TUNAS BUDAYA UPM 2010

with 2 comments

Bismillahirramanirrahim… macam mana dengan puasa anda…adakah dipenuhi dengan amalan-amalan tambahan atau sekadar berpuasa sahaja.. 🙂 Baiklah, kali ini aku nak share gambar Malam Tunas Budaya UPM 2010. Sebenarnya event ni dah lama, dalam awal bulan julai lepas. Tapi disebabkan kekangan masa, baru sekarang sempat nak update…haha…Layan gambar dulu k…

 

Ramai kawan-kawan yang tanya aku pasal kamera apa yang ok dan macam mana nak terer guna kamera. Nanti aku share pada entry akan datang ye walaupun aku tak tahu sangat teknikal kamera.haha. Tapi nanti aku share lah serba sedikit yang aku boleh bantu 🙂

 

Ramadhan dah menghampiri fasa terakhir. Marilah sama-sama kita perbanyakkan ibadat serta memanfaatkan kehadiran bulan mulia ini yang hanya muncul setahun sekali. Moga kita mendapat hidayah dari-NYA…Wassalam…

 

notakaki : raye tahun ni baju korang kaler ape…yg pompuan pulak brp pasang??? oh ye..jgn lupe bayar zakat 😉

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

 

 

 

Written by :: cot ::

August 26, 2010 at 10:29 am

Posted in Event

MAJLIS PERKAHWINAN DR MASTURA & DR AKASYAH

with 4 comments

Bismillahirramanirrahim… Alhamdulillah, dah masuk hari kesembilan kita berpuasa. Berpuasa ni bukan setakat menahan lapar & dahaga sahaja tetapi turut melibatkan perkara lain. Kalau setakat puasa tahan lapar & dahaga adik kecil kita pun boleh puasa. Tetapi perlu diingat, selain menahan diri dari makan & minum, kita juga perlu menahan pancaindera kita dari segala perkara yang boleh menyebabkan  pahala puasa kita “kurus”. Perkara² macam inilah yang dipandang ringan oleh sesetengah orang.

Kali ni aku nak share gambar di sekitar Majlis Perkahwinan Dr Mastura & Dr Akasyah. Sahabat aku, Acaii Jawe merupakan jurugambar rasmi untuk majlis ni. Korang boleh klik link pada nama beliau kalau nak tengok gambar dengan lebih banyak. Aku hanya jadi assistant pada hari tersebut. Layan gambar dulu…

Sebenarnya aku sedih betul tengok kehadiran jemaah untuk berterawih pada musim ni. Belum sampai pertengahan ramadhan tapi surau-surau@masjid-masjid mulai kosong. Tinggal beberapa saf sahaja. Tu pun golongan otai @ orang lame. Mane perginya anak-anak muda??? Aku bukanlah baik sangat untuk nasihat orang tapi dengan cara menulis begini secara tidak langsung dapat mengingatkan diri aku sendiri tentang perkara-perkara demikian.

Sebelum terlupa, majlis ini diadakan di Wisma Sejarah, KL. Betul-betul dihadapan Institut Jantung Negara manakala untuk sesi outdoor pulak kitorang shoot dekat UPM. Bayangkan berapa jauh dari Wisma Sejarah tu nak sampai UPM. Nasib baik majlis habis awal. Kira sempat lah nak gerak ke UPM 😉  Kepada Dr Mastura & Dr Akasyah, selamat pengantin baru & semoga berbahagia ke akhir hayat. Thanks atas layanan korang ye 🙂 Wassalam

 

notakaki : EPL dah stat..tapi terawih jangan lupa ye kengkawan 🙂

Khairul Hafiz Mohammad a.k.a Cot
Photographer
Email : khaihafiz@gmail.com
Tel : 012 9486247
Blog : https://khaihafiz.wordpress.com
http://cotscreative.wordpress.com

 

 

Written by :: cot ::

August 19, 2010 at 4:48 am

Posted in Wedding